Gangrene adalah suatu keadaan dimana tisu-tisu anggota badan manusia yang tidak lagi dapat bekalan oksigen yang sepatutnya dan berada dalam keadaan "mati". Sel-sel yang mati ini, melalui proses pereputan dan dengan aktiviti kimia dan mikroorganisma (bakteria dan sebagainya), penghasilan gas-gas toksik terbentuk dipanggil GAS GANGRENE.
Di dalam keadaan inilah, kebiasaannya para pesakit diabetes (terutamanya) akan dinasihatkan untuk dibuat amputasi (pemotongan) sebahagian dari anggota yang terlibat. Ini perlu dilakukan kerana gas-gas toksik yang dihasilkan akan menyumbang kepada keracunan dalam darah dan akhirnya boleh memberi kesan kepada keseluruhan fungsi organ dalaman pesakit, dan akhirnya membawa maut.
Sila bersoal-jawab dengan kami di ruangan FORUM seperti di atas, untuk mendapat pandangan dan panduan tentang cara untuk mengurangkan risiko seperti di atas.
JUMPA ADA DI SANA!
RUANG FORUM
JANGAN POTONG KAKI SAYA
BUTTERWORTH: “Saya sudah kehilangan kaki kiri dan tidak mahu kehilangan kaki kanan pula,” kata Nasir Khan Md Ismail, 39, yang terlantar di rumah sejak empat tahun lalu akibat kencing manis.
Penjual roti itu menjalani pembedahan pertama pada 2009 apabila kaki kirinya dipotong hingga paras paha dan sejak itu, dia tidak dapat bekerja untuk menyara keluarga.
Untuk perbelanjaan harian, dia yang menumpang di rumah adiknya di Taman Suka Ria, Mak Mandin, dekat sini, mengharapkan simpati saudara dan rakan untuk menyara isteri dan empat anak berusia antara 3 hingga 18 tahun.
Menurutnya, pada Mac lalu, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Pakar Bagan memaklumkan kaki kanannya tidak dapat diselamatkan dan perlu dipotong bagi mengelakkan jangkitan.
“Bagaimanapun, doktor di Hospital Deva Doss, Madurai, India memaklumkan kaki kanan saya tidak perlu dipotong kerana masih boleh diselamatkan. Jadi, setakat ini saya masih mempunyai kaki kanan walaupun tanpa jari dan boleh berjalan dengan bantuan kaki palsu tetapi kos rawatan keseluruhan mencecah RM20,000,” katanya.
Baru-baru ini, Nasir Khan dikunjungi Penyelaras Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang yang menghulurkan sumbangan peribadi RM500.
Nasir Khan berkata, sebelum ini, dia sudah menjalani pembedahan kaki kanan di India dengan bantuan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) yang menghulurkan sumbangan RM18,000.
Sebaik pulang dari India, dia bergantung pada kerusi roda untuk bergerak tetapi perlu menjalani rawatan sekali lagi termasuk pemasangan kaki palsu yang membabitkan kos RM20,000 termasuk belanja rawatan.
“Saya buntu untuk mencari RM20,000 sedangkan tidak bekerja. Kimma sudah bantu sebelum ini dan berharap sumbangan orang ramai supaya pemasangan kaki palsu di India itu menjadi kenyataan.
“Jika mempunyai kaki palsu, saya boleh berdikari untuk menyara keluarga,” katanya yang bergantung pada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan zakat dengan masing-masing menghulurkan bantuan RM300 sebulan.
Sementara itu, Chua berkata, buat permulaan, beliau menghulurkan sumbangan peribadi dan akan cuba mencari bantuan lain termasuk melalui Dana 1MCA.
“Syarat untuk menerima bantuan dana berkenaan ialah menerima rawatan di hospital kerajaan dalam negara tetapi Nasir menerima rawatan di luar negara. Saya akan cuba supaya dia turut menerima dana berkenaan,” katanya.
- PETIKAN DARI HARIAN METRO ONLINE
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENGHANTARAN
1. Penghantaran adalah "by hand" delivery dan courier service.
2. Minimum barangan untuk penghantaran "by hand" adalah 2 botol (untuk kawasan sekitar Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Kelang dan kawasan sekitarnya).
3. Penghantaran ke kawasan luar daerah tertera di atas atau di luar Selangor, caj perkhidmatan penghantaran akan dikenakan berdasarkan berat barangan.
4. Penghantaran "by hand", charge dikenakan RM10.00, tidak mengikut kuantiti barang.
5. Pelanggan dialu-alukan untuk berjumpa saya disekitar kawasan berdekatan Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya untuk pengambilan sendiri barang.
6. Penghantaran dibuat untuK SELURUH MALAYSIA, termasuk SABAH DAN SARAWAK.
6. Penghantaran dibuat untuK SELURUH MALAYSIA, termasuk SABAH DAN SARAWAK.